Webinar NADI x Cybersecurity: Laluan Pembelajaran untuk Kerjaya dalam Cybersecurity

8 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2025, Jumaat, komuniti dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang menyertai Webinar NADI x Cybersecurity: Laluan Pembelajaran untuk Kerjaya dalam Cybersecurity yang bermula dari pukul 3:30 petang sehingga 5:00 petang di platform Google Meet sebagai medium webinar.

Tujuan webinar ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai peluang pembelajaran serta hala tuju kerjaya dalam bidang keselamatan siber. Peserta didedahkan kepada pengetahuan asas cybersecurity, kemahiran yang diperlukan, dan laluan pendidikan yang boleh diambil untuk menceburi bidang ini.

Diharapkan dengan adanya webinar cybersecurity ini dapat memperkasa keselamatan siber dan melindungi generasi digital seiring dengan dunia digital yang semakin berkembang pesat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali